Thursday, July 29, 2010

AYAM KAMPUNG ORGANIK ( KACUK )

Salam Sejahtera....
Pihak Ayam-Farm-Best telah mengambil inisiatif tambahan dlm menambahkan pilihan kepada semua.....
Pihak kami telah memulakan ternakan ayam kampung organik ( kacuk )...
Pada peringkat permulaan, pihak kami telah memasukkan sebanyak 170 ekor ayam kacuk ke dalam reban kami....
setelah hampir 3 minggu, pihak kami amat bersyukur kerana masih lagi tiada kematian dicatatkan.....
Pembesaran ayam juga menampakkan hasil yang agak baik iaitu sekitar 400 gram ( 3 minggu )...
Dengan permintaan dari banyak pihak, Pihak kami di AFB bercadang utk menambahkan lagi hasil pengeluaran kami kepada 500 ekor seminggu...
Pihak kami akan memulakan kemasukan ternakan baru pada 30hb. Julai, 2010 ( Jumaat )
Di harap dengan adanya sokongan dari semua pihak, pihak kami akan terus bersama2 memenuhi permintaan dari semua pihak dlm melahirkan produk makanan yang baik & bermutu....

Sekian dari kami di Ayam-Farm-Best ( AFB )

- Peace No War -


- Anak ayam berusia 1 Minggu -

- Reban Ternakan Ayam Kaedah Kurung Lepas -

- Ayam Berusia 3 Minggu ( 400 gram ) -

Wednesday, July 28, 2010

PROSES ERAMAN TELUR SEMULAJADI

Salam sejahtera.....
Kali nie, kami ingin berkongsi sedikit maklumat berkenaan proses eraman telur
Eraman telur pada masa dahulu 100% bergantung kepada ibu ayam
Ayam kebiasaannya akan bertelur selama 21 hari
Kemudian akan mengeramkan telur juga selama 21 hari
Selepas itu, anak ayam akan bersama ibunya selama lebih kurang 3 bulan
Proses pantang bagi ibu ayam adalah selama 4 1/2 bulan...
Faktor ini banyak menyebabkan pengeluaran ayam kampung asli terbatas...
- Kaedah Tradisonal Eraman telur ayam -
- Aksi Sebahagian ayam ternak di AFB -
- Anak Ayam yang telah dihasilkan di AFB -
Pada zaman sekarang, banyak mesin inkubutor telah dihasilkan
Ianya bagi menggantikan kitaran semulajadi eraman kepada lebih singkat
Sekaligus dapat menghasilkan kuantiti ayam yang banyak dlm masa yang singkat
Telur ayam dimasukkan ke dalam inkubutor...
Suhunya dikawal sehinggalah 21 hari
Tahap keberkesanannya masih lagi banyak bergantung kepada faktor tertentu
Misalnya.... Kebersihan telur, kualiti telur, kebersihan mesin, tahap penjagaan suhu
serta banyak lagi faktor memainkan peranan....
Sebahagian gambar di tempat penternakan En. Zul ( Kuantan )....
- Penggunaan Mesin Inkubutor -
- Mesin Automatik Menempatkan 600 Biji Telur -
Walaubagaimanapun, pihak kami melahirkan rasa bangga kepada golongan penternak
Kerana telah banyak berubah serta banyak memaparkan idea2 tersendiri
Serta paling penting, dikongsikan kepada semua pihak tanpa mengambil sebarang faedah
Inilah yang diharapkan oleh pihak kami warga penternak...
Semoga usaha kita semua dalam bidang ini terus maju dan suksess
Salam dari kami Di Ayam-Farm-Best ( AFB )

- Peace No War -










Monday, July 26, 2010

AYAM KAMPUNG ASLI


salam sejahtera........
Terima kasih atas sokongan dan pandangan semua pihak......
Pihak kami telah merangka strategi bagi memelihara 2 jenis ternakan ayam di tempat kami
Seperti biasa, ayam kampung asli menjadi pilihan utama kami...
Ayam kampung asli memakan masa sekitar 6 bulan untuk membesar
Sekaligus, ianya boleh mendatangkan banyak risiko terutamanya kepada penyakit
Pengetahuan berkenaan keperluan kesihatan adalah amat penting dalam memastikan ternakan berada pada tahap yang memberangsangkan......
Pihak kami akan berkongsi maklumat berkenaan produk kesihatan yang digunapakai oleh pihak kami.......
Ini antara sebahagian ternakan ayam kampung asli kami di reban yang tak seberapa besar.....
Sekian dari kami di Ayam-Farm-Best ( AFB )......
- Peace No War -
- Reban Ayam AFB -



- Reban Bentuk ' V ' rekaan AFB -


- Lagak Seorang Penternak AFB -


- Anak2 ayam berumur sekitar 1 -2 Bulan -


- Sebahagian Induk di dlm reban AFB -


Tuesday, July 20, 2010

SELAMAT BERKUNJUNG

Salam Sejahtera........

Bagi pihak kami di AyamFarmBest ( AFB )... Kami mengucapkan selamat berkunjung ke laman blog kami.....
Laman blog ini diwujudkan hasil daripada kesinambungan penternakan kami di Kelantan
Laman ini diwujudkan bagi memaparkan ternakan kami di FELDA CERUL 2, KEMAMAN, TERENGGANU...
Sedikit pengenalan dari pihak kami.....
AFB ditubuhkan hasil daripada idea saya dan juga rakan kongsi yang amat komited
Rakan kongsi saya bukan orang lain ( adik ipar jer... )
Kami memulakan ternakan ayam kampung asli dengan hasil usaha yang sedikit demi sedikit
Bermulanya kami hanya sekadar di bahagian belakang rumah ( tanah kosong )
Pada peringkat awal, pihak kami telah mendapatkan induk & baka di sekitar kawasan kemaman
Seterusnya dari kawan2 yang berada di Kuala Terengganu....
Buat masa ini......
Ternakan kami berjumlah sekitar 200 ekor dan berharap akan dapat terus dikembangkan lagi

Pihak kami di AFB amat mengalu2kan pandangan & tunjuk ajar dari semua pihak
Agar kita bersama2 terus maju dalam industri penternakan
terutamanya dalam melahirkan sumber bekalan makanan HALAL terutamaya kepada semua pihak...

Sekali lagi pihak kami di AFB mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak
Di atas pembukaan penternakan kami di AYAM-FARM-BEST ( AFB )

Sekian.........