Sunday, February 20, 2011

IBU AYAM MAKAN TELUR SENDIRI

SALAM SEJAHTERA.......

Masalah lama berulang kembali.....
Sejak induk2 ayam kampung asli kami dimasukkan ke dlm reban induk baru
Timbul masalah baru..

Ibu ayam mula memakan telurnya sendiri
Kalau takpun, member sereban yang tibai telur yang lain..
Aku perhatikan, ianya banyak terjadi di kalangan ibu2 muda..
Banyak yang dah member aku bagi penampar sulung..
Katanya nak bagi sedikit pengajaran... hak3
Tapi, bila reban ditinggalkan, abis telur kena santap..

Setakat ini, hampir 100 biji telur yang dihasilkan diratah oleh si ibu..
Yang jantan hanya join bila telur dah pecah..
Si ibu yang memulakan patukan pemecah telur...

Kami memohon idea dan pandangan rakan2 yang bijak di luar sana
Apakah cara terbaik menangani masalah ini selain di potong leher... hek3
Kerana, kata orang... jangan kerna marahkan seekor nyamuk
Kelambu pula yang dibakar...
Silap2 kalau nasib tidak baik...
Rumah nya sekali dijilat api.... hek3

salam dari kami rakan ternak D' Village Agro Farm

Friday, February 18, 2011

AYAM KAMPUNG ASLI KEMBALI....

Salam Sejahtera...

Membaca tajuknya dah semacam crita pendekar la plak..
Sebenarnya, pihak kami telah membuat penyusunan semula kepada lebih 100 ekor ayam kampung asli kami yang ada...

Kali ini, pihak kami telah membuat renovation reban kami utk menenpatkan induk2 ayam kampung asli kami..
Pemilihan ketat kualiti baka ayam telah dijalankan oleh pemilik bersamaku..
Dari 100 ekor ayam kampung asli yang ada, hanya kira2 50 ekor sahaja yang terpilih utk menghuni reban induk yang telah di renovation...
selebihnya menerima nasib dijual kepada peminat yang sudah lama mengidamkan ayam kampung asli kami....

Sebanyak 12 reban induk berkeluasan 7' panjang x 8' lebar x 8' tinggi telah disediakan
Satu reban menempatkan 1 ekor jantan & 5 ekor betina
sebaik ditempatkan, ibu ayam mula menjalankan tugas bertelur...
Hampir 5 reban induk telah menghasilkan telur...

Harapan kami, dengan penyusunan semula penempatan ayam kampung asli ini akan dapat meningkatkan lagi pengeluaran telur dan juga penghasilan anak ayam kampung asli....
Moga2, satu hari nanti... kami akan dapat memenuhi pasaran bagi ayam kampung asli...
aminnnnnnnnnnnnn.....
salam dari kami rakan ternak D' Village Agro Farm








Thursday, February 17, 2011

JADUAL PEMAKANAN DAN UBATAN

SALAM SEJAHTERA......

Kali nie, pihak kami ingin berkongsi serba sedikit kaedah pemakanan dan ubatan yang telah dipraktikkan di reban kami...
Semenjak akhir2 ini, ramai yang bertanya berkenaan jadual pemakanan dan ubatan...
Jadual pemakanan adalah faktor utama untung rugi dlm pemeliharaan ayam kampung terutamanya ayam kacukan...

Sesetengah org menggelarkan ayam ini sebagai ayam dinasour
Ini kerna, ayam ini akan mematuk bahagian belakang sahabat handainya utk mendapatkan bekalan kalsium jika tuannya tidak memberikan bekalan kalsium yang mencukupi.

Dengan kata lain, beliau memakan sesama sendiri....
Disebabkan bekalan dedak palet semakin hari semakin tinggi....
Kos makanan adalah musuh utama kepada penternak.
Bila dedak dikurangkan, ayam mula mematuk sesama sendiri...

Ayam kacuk kebiasaanya memerlukan perkadaran makanan dengan nisbah yang betul..
Nisbah biasa jumlah berat makanan ditukarkan kepada berat ayam adalah bersamaan...
2kg dedak = 1 kg berat ayam...
Dengan kata lain, setiap 2 kg berat dedak yang diberikan kepada ayam semestinya akan menghasilkan berat ayam sekitar 1 kg...

Standard harga dedak dipasaran boleh mencecah kepada RM 80 - 90 seguni 50 kg
Jika diambil RM 90, bermakna 1 kg dedak = RM 1.80
ini bermakna, untuk menghasilkan ayam seberat 1kg memerlukan RM 3.60 ( 2 kg ) modal makanan..
Dengan kata lain, modal keseluruhan ayam jika dijual pada kadar berat 2 kg adalah
Modal makanan ( RM 7.20 ) + modal anak ayam ( RM 2.20 )
Modal keseluruhan adalah = RM 9.40 / ekor ( berat ayam 2 kg )...

Jika diambil kira pembaziran dan sebagainya,
Kos bagi seekor ayam ( berat 2 kg ) adalan RM 10.00

Siatem pemakanan yang baik & terkawal amat perlu dlm memastikan kos tersebut tidak melambung dari standard seperti yang dinyatakan..
Sesetengah penternak, mengeluarkan kos sehingga RM 15 bagi seekor ayam..
Jika ini terjadi, penternak akan mengalami masalah utk memasarkan ayam terutamanya kepada pasaran luar...

Dari pengalaman kami yang tidak seberapa...
Setelah hampir 2 tahun bergelumang dlm bidang penternakan ayam ini..
Pihak kami dapat menyimpulkan jadual pemakanan seperti berikut..

Perkadaran makanan utk 100 ekor ayam :-
i. Umur ( 1 hari - 2 minggu ) = Starter ( 1 beg - 50 kg )
ii. Umur ( 2 minggu - 10 minggu ) = grower ( 8 beg - 50 kg )

Modal keseluruhan :
- 1 beg dedak = RM 90.00
- Anak ayam = RM 2.20 seekor
Bermakna :-
- Modal keseluruhan adalah = ( RM 90 x 9 beg dedak ) + ( 100 ekor x RM 2.20 )
- Modal keseluruhan = RM 1,030.00 utk 100 ekor ayam
- 1 ekor = RM 10. 30

Harus diingat, berat ayam sehingga 10 minggu ( 2 1/2 bulan ) mesti mencecah 1.7 - 2.0 kg
Jika tidak penternak akan mengalami kerugian dlm penternakan tersebut...

Banyak terjadi modal telah dikeluarkan banyak, tetapi berat ayam masih tidak memberangsangkan...
kenapa....
Banyak faktor memainkan peranan, cuba selidik dan buat semakan..
Amat penting segala jadual pemakanan, jumlah kematian, dan jadual pembersihan reban dicatat dengan baik dan teratur....

3 faktor utama yang dapat kami simpulkan :
i. penjagaan reban ( kebersihan, ruang pengudaraan, keluasan reban )
ii. Baka anak ayam
iii. Kualiti makanan ( jenama dan tahap gred dedak digunakan )

faktor terpenting adalah penjagaan kebersihan reban, jika tidak dipelihara dengan baik
Pemberian makanan yang bermutu serta pengambilan baka yang baik juga tidak dapat membantu dlm tumbesaran ayam....

Kadar modal ini masih boleh direndahkan bergantung kepada kepandaian dan kretiviti penternak..
Jadilah penternak yang kreatif & sentiasa berkongsi maklumat dengan rakan2 yang lain..
Ada kalanya, penyesuaian makanan yang baik akan dapat menurunkan kadar modal sehingga RM 8.00 bagi seekor ayam berat 1.5 - 2 kg...

Harapan kami, info ini sedikit sebanyak dapat membantu rakan2 ternak semua
Pandangan rakan2 ternak amat kami alu2kan ....

Salam dari kami rakan ternak D' Village Agro Farm..

Thursday, February 10, 2011

LAGENDA SI BOTAK

Salam Sejahtera.....

Kisah ini direncanakan bagi memberi penghormatan terakhir kepada si botak
Itulah gelaran agung kepada salah seekor ayam ternakan kami...
Nama diberi menandakan si ayam amat berlainan dari yang lain

Si botak dimasukkan ke reban pada 12.10.2010 ( Batch No. 02 )
si botak dikesan berlari pantas dan bersifat aktif sepanjang berada di kalangan 1000 ekor sahabat seangkatannya....
Sejak itu, pemilik bersamaku telah jatuh hati kepadanya
si botak di tatang bagai menatang minyak yang penuh..
makan & minum dijaga rapi, sedikit dipatuk ayam yang lain segera diubati...

Kata orang, sayangkan anak mestilah dipukul
sayangkan isteri ditinggal - tinggalkan..
sayangkan ayam... ?????????????

Si botak terus membesar, membesar dan terus membesar...
Dunia masa kini meyaksikan ramai manusia mati akibat terlebih makan..
kebanyakan manusia menghadapi masalah obesiti akibat terlalu banyak makan...
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.............

Inilah nasib si botak....
Akibat obesiti, si botak tidak mampu lagi untuk berjalan, berdiri juga amat payah...
Perjuangan hidup selama 3 bulan dan 21 hari akhirnya meninggalkan detik hitam pada pemilik kesayangnya....
Kerana terpaksa, si botak harus diabadikan dengan kematian yang bermaruah...
Dari dimakan sesama rakan si botak, pemilik harus membulatkan tekad...

Akhirnya... dengan air mata bergenang di kelopak........
Tanggal 03.02.2011 ( KHAMIS ), sempena menyambut tahun baru cina..
Maka,....
Gugurlah si botak terpotong lehernya....
Hati si pemilik terhiba sayu..
Ayam kesayangan dipotong lehernya di tangan sendiri.........
Jadilah di botak santapan lazat di musim perayaan...

Itulah kisah lagenda si botak.........

Salam dari kami rakan ternak D' Village Agro Farm..


- Si Botak Yang Malang ( Berat 2.4 kg ) -
- Tuan Si Botak ( Berbaju Hitam ) Sayu Melihat Ayam Kesayangan Di Sembelih -
- Berakhirnya Riwayat Si Botak -

STOK AYAM HAMPIR KEHABISAN

Salam Sejahtera....

Permintaan ayam agak tinggi sejak sebulan yang lalu...
Ini kerana, kehadiran banjir dan permulaan tahun baru serta sambutan tahun baru cina telah menyebabkan harga pasaran ayam daging meningkat naik...
Bekalan ikan segar juga berkurangan...
Hampir setiap hari ayam kami disambar pembeli sekurang2 nya 5 -10 ekor sehari..
Alhamdulillah......
Musim hujan yang berlarutan sejak 2 bulan yang lalu serta serangan sampar yang agak teruk menyebabkan semua pihak menghentikan sementara pengeluaran anak ayam serta ada juga yang terduduk disebabkan kematian hampir keseluruhan stok ayam yang ada...
Permintaan tinggi ini menyebabkan stok ayam kami hampir kehabisan
Hanya tinggal tidak sampai 100 ekor lagi baki ayam kami di reban...
Pihak kami mengalu2kan kepada rakan ternak yang mempunyai bekalan berlebihan agar dapat menghubungi kami utk pihak kami membeli stok ayam dari pihak anda semua..
Kerjasama rakan ternak amat kami hargai...

Salam dari kami rakan ternak D' Village Agro Farm...

Tuesday, February 1, 2011

SAMPAR & TAHUN BARU CINA

salam sejahtera....

Selamat Menyambut Tahun Baru kepada semua rakan2 yang berbangsa cina
Semoga sentiasa aman dan bahagia...

Agak lama saya tidak mengemaskini perkembangan terbaru kami di D' Village
Sibuk sikit dengan jadual kerja dan sebagainya...
Rasanya dah hampir 2 bulan tak tulis apa2 di blog...

Terengganu digemparkan dengan serangan sampar paling teruk pada bulan lepas
Hampir keseluruhan terengganu diserang teruk
malahan boleh dikatakan hampir keseluruhan malaysia diserang

Dugaan besar ini telah menyebabkan hampir keseluruhan penternak terduduk
Kami di D' Village Agro Farm merasa amat bertuah dan bersyukur
Sehingga hari ini, belum ada serangan di reban kami
Walaupun reban berhampiran kampung sebelah diserang teruk...
Inilah dugaan terbesar para penternak unggas...
Jika berjaya ditempuh dengan sokongan rakan2...
Moga2 kita semua dapat melalui dugaan ini dengan hati yang sabar..
Jadikan pengajaran utk masa depan yang lebih baik...

Penjagaan kebersihan reban amat dititikberatkan
Musim hujan yang berterusan menjadi penghalang utama utk melaksanakan kerja2 pembersihan...
Kami telah menghadkan pelepasan ayam serta sentiasa memastikan reban tidak dimasuki air...
Ayam2 yang kelihatan tidak bermaya akan diasingkan atau disembelih
Langkah ini bagi membuat pencegahan awal penyebaran penyakit..

Alahamdulillah setakat hari ini, kami masih lagi bertahan
Permintaan dari kawasan sekitar semakin meningkat...
Anggaran 500 ekor ternakan ayam kami terjual hanya disekitar lokasi reban kami...

Pihak kami akan terus berusaha utk memenuhi permintaan pasaran yang ada...
Sokongan semua pihak amat kami hargai...

Salam dari kami D' Village Agro Farm..