Tuesday, May 31, 2011

KUNJUNGAN MAUT

SALAM SEJAHTERA.............

pagi ahad yang lalu, aku dikejutkan dengan panggilan telefon iparku.
dengan nada agak teruja, beliau bgitahu ada berita tak baik..
ingatkan ayam aku mati beramai2..
tapi rupanya, ada kunjungan dari luar yang tidak diundang...

ULAR SAWA...........
Hari sebelumnya, beliau ada bgitahu sekor bapak ayam jantan kami terkorban dengan cara misteri, punca kematian tidak diketahui...
Keesokkannya, bila budak pekerja kami ke reban utk bagi makanan..
Terkejut beruk budak tu..
Melihat dengan selamba badak sekor ular sawa tengah lepak kat dlm reban kami..
Melihat kepada situasi di dlm reban,
Kemungkinan besar bapak ayam kami memberikan tentangan hebat kepada sang sawa
Betapa sayangnya sang bapak kepada si ibu yang berada bersama sang bapak..
Tapi, apa kan daya... si ayam menentang si sawa...
Sekor lagi bapak ayam jantan kami dah ada dlm perut sang sawa.. hak3
sedih jugak, bapak tu merupakan antara baka terbaik di reban kami..

Apa lagi, menjerit misteri la budak tu, dah la anaknya yang perempuan tengok dulu..
Terus anak beranak budak tu belasah sang sawa sampai terkulai...

Saksikanlah sang sawa yang telah menghuru-harakan reban kami nie..
Semoga ini menjadi serangan pertama dan terakhir direban kami..
Apapun, sambil tergelak besar kami telah merangka semula tahap keselamatan disekitar reban kami...

Salam dari kami rakan ternak D' Village Agro Farm


Friday, May 20, 2011

JUALAN AYAM KACUKAN ORGANIK KEMBALI

SALAM SEJAHTERA.....

Sudah agak lama pihak kami tidak bercerita berkenaan ayam kacukan organik..
Bukan maksud sudah cuci tangan dlm ternakan tersebut...
Cuma kehabisan stok pada hujung tahun 2010 menyebabkan pihak kami kekurangan bekalan kepada pihak pemborong dan pembekal...

Tapi, bermula awal bulan mac 2011, bekalan anak ayam telah kembali pulih seperti sediakala..
Cuma pihak kami telah membuat sedikit perubahan berkenaan bilangan stok ayam yang ada di reban kami pada satu2 masa..
Banyak faktor memainkan peranan dlm mendapatkan berat ayam yang baik dlm tempoh masa 3 bulan proses pembesaran ayam tersebut..
Keluasan reban untuk keselesaan ayam menjadi faktor utama pihak kami terpaksa merangka strategi bilangan stok di reban kami...

Setelah hampir 3 bulan usia ayam tersebut...........
Pihak kami kini telah membuka jualan ayam kacukan di reban kami...
Alhamdulillah.. sudah ada pemborong dan juga pembeli di sekitar kawasan kami telah menunjukkan minat mendapatkan bekalan secara berkala di reban kami...

Pihak kami memohon berbanyak maaf jika terdapat pihak luar yg cuba mendapatkan bekalan dari pihak kami tetapi pihak kami tidak dapat memenuhi permintaan akibat stok ayam yang terhad di reban kami..

Pihak kami telah merangka strategi pemasaran secara berperingkat...
Di mana kami memberi tumpuan kepada penjualan ayam sekitar 300 ke 500 ekor sebulan di sekitar kawasan kami...

Jika ada pihak luar yang ingin mendapatkan bekalan secara berlebihan serta berkala dari pihak kami...
Pihak kami memohon agar dapat dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak kami utk pihak kami merangka strategi penambahan stok dari semasa ke semasa...
InsyaAllah.....
Dengan sokongan & kerjasama dari semua pihak,
Pihak kami akan terus berusaha melakukan yang terbaik untuk semua...
Semoga yang terbaik kepada semua dan juga pihak kami....

Salam dari kami rakan ternak D' Village Agro Farm..








Wednesday, May 18, 2011

GENERASI MESIN ( INKUBUTOR )

SALAM SEJAHTERA...........

Alhamdulillah, itu yang boleh kami katakan kepada semua..
Sejak kami menggunakan alternatif penetasan menggunakan mesin 2 bulan yang lalu
Kini, hasilnya sudah boleh kami katakan pada tahap memberangsangkan...

Setakat ini, pengeluaran telur masih lagi di tahap sederhana
Sekitar 30 biji seminggu dapat dimsukkan ke dalam inkubutor..
Tapi tahap penetasan telah mencapai lebih 50 % pada 4 peringkat penetasan setakat ini

Kebiasaan penetasan berlaku pada hari ke 20 & 21
Apa yang dapat kami perhatikan, banyak telur terpaksa dibantu utk anak melihat dunia baru....
Mungkin tahap kualiti telur kurang baik menyebabkan anak kurang berupaya utk menebuk kulit telur dengan sendiri..
Apapun, pihak kami masih belajar & melihat perkembangan yang lain..

Penjagaan anak yang telah menetas amat penting seusia mereka melihat dunia baru
Anak dibiarkan berada 2 - 3 hari di dlm inkubutor
Kemudian dipindahkan ke reban didik yang tertutup
Ini bagi memastikan haba yang efisyen diperolehi oleh mereka
Kami hanya menggunakan kaedah tradisional & mudah
iaitu pemasangan lampu dan sekeliling ditutup dengan guni pada waktu malam..

Alhamdulillah, setakat ini tahap kematian anak yang menetas dapat di atasi
Setakat ini sudah hampir terdapat 35 ekor generasi baru ayam kampung asli kami telah dihasilkan menggunakan bantuan mesin inkubutor ini...

Mudah - mudahan yang terbaik utk kami dan juga semua..
Salam dari kami rakan ternak D' Village Agro Farm..





Tuesday, May 17, 2011

SELASIH OH BELANDA

Sejahtera....

Lama benar dah tak update blog, hampir 2 bln jugak kot...
Skrg kerja busy sikit + malas nak menulis.. he3

Kali nie, nak update ternakan baru kami si selasih & juga belanda
Dah hampir 2 bulan setengah umur bebudak baru kat reban kami...
Alhamdulillah.. mereka masih lagi menghuni reban kami..
Cuma sekor belanda dah kena puru, kesian jugak tengok beliau..

Melihat si belanda hanya berdua saja...
So, aku putuskan mencari lagi sahabat mereka..
on d way balik dari kl, aku singgah selayang
Tinjau kedai ayam kat sekitar pasar borong selayang...
Alhamdulillah jumpa 2 ekor belanda putih ngan 2 ekor ayam api

Melihat kepada perkembangan ternakan nie...
InsyaAllah, kalau ada rezeki akan ditambahkan stok..
Dah ada yang bertanya2 pasal ayam belanda ngan api2nie..

Moga2 dipermudahkan lah segala urusan dan penjagaan seharian..

Salam dari kami rakan ternak D' Village Agro Farm