Tuesday, September 21, 2010

AYAM KAMPUNG ORGANIK ( KACUK )

sALAM sEJAHTERA......

Sepertimana yang telah pihak kami janjikan....
Bermula pada awal bulan Ogos yang lalu, pihak kami telah menambahkan bekalan ayam kampung organik di reban kami.....
Untuk permulaan, sebanyak 500 ekor ayam kacuk telah dimasukkan....
dari penilaian yang kami jalankan dari segi pemakanan dan juga jangkamasa pembesaran ayam..
Pihak kami mendapati tahap pembesaran ayam kami mencecah sekilo ( 1 Kg ) mengambil masa selama 6 - 7 minggu....
Penggunaan jenis makanan dan baka banyak mempengaruhi tahap pembesaran ini..
Setakat ini, di terengganu, terutamanya kawasan kemaman & kuantan
Hanya terdapat makanan jenama SHC ( 21 % curde protein starter, 19 % grower )
dalam perkiraan makanan pula, pihak kami mendapati...
jika kita menggunakan 100 % sumber makanan dari dedak..
utk 500 ekor ayam memerlukan sebanyak 5 guni starter & 10 guni grower
yang mana pada pendapat pihak kami amat berat utk dipikul oleh semua penternak....
Oleh itu, makanan alternatif & juga makanan tambahan amat perlu utk mendapatkan hasil yang baik pada kadar perbelanjaan yang murah....
Pihak kami akan berkongsi serba sedikit info dari semasa ke semasa utk kita sama2 dapat mengurangkan kos penternakan & pada masa yang sama memperolehi hasil yang baik & berkualiti.....

Salam dari kami di Ayam Farm Best ( AFB )





No comments:

Post a Comment