Pihak kami di D' Village Agro Farm amat berbesar hati kepada semua respond yang telah diberikan oleh semua pihak setakat ini....
Jika ini yang diamalkan dan dipraktikkan oleh semua warga penternak, maka semua pihak akan mendapat manafaat dari apa yang dipaparkan olek semua...
Pada kali ini, kami ingin memaparkan kaedah penggunaan vaksin yang telah diamalkan oleh pihak kami...
Amat penting pemberian vaksin ini diberi pada peringkat ayam berumur 7 hari....
Ini bagi mengelakkan kerugian kepada semua penternak jika penyakit bernusim seperti sampar menyerang...
Vaksin ini berharga sekitar RM 35 - RM 45 mengikut tempat diperolehi
Namun, bagi kami janganlah dipandang harga nya yang dianggap mahal oleh sesetengah pihak jika dibandingkan dengan risiko yang akan kita hadapi bila penyakit menyerang...
Sanggupkah kita mengalami kerugiaan beribu ringgit hanya kerana sayangkan RM 45 utk sekali penggunaan....
Sebotol kecil vaksin ini mampu memberi perlindungan kepada ternakan ayam sebanyak 1000 ekor pada kadar bancuhan yang telah ditetapkan...
Pengendalian vaksin ini amat dititikberatkan oleh pihak kami..
Ini kerana, vaksin ini memerlukan persekitaran sejuk utk terus aktif dan hidup
Sebaik2 nya ianya diletakkan di dalam peti ais sebagai tempat penyimpanan sebelum digunakan...
Ini adalah antara kaedah bancuhan bagi vaksin tersebut kepada kira2 1000 ekor ayam ternakan kami di D' Village Agro Farm...
Catatan :-
- Pihak kami menggunakan 5 bekas minuman paling besar kepada 1000 ekor ternakan kami...
Harapan kami, agar info yg kami berikan memberikan manafaat dan bimbingan kepada semua pihak....
Salam dari kami rakan ternak D' Village Agro Farm...
- Air dimasukkan ke dalam bekas mengikut sukatan bekas minuman ayam -
- Susu Tepung dimasukkan ke dlm air sebanyak 500 gram -
- Air Batu / Ais dimasukkan ke dalam bancuhan untuk megekalkan tahap suhu sejuk -
- Vaksin dimasukkan kedalam bancuhan dan di kacau rata -
- Setelah siap dibancuh, masukkan ke dlm bekas minuman dan diberi minum kepad 1000 ekor -
Tuan, apakah tujuan penggunaan susu tepung di dlm bancuhan??
ReplyDelete