Sunday, September 26, 2010

REBAN TERNAK TAMBAHAN

Salam Sejahtera.......

Pihak kami di Ayam FarmBest ( AFB ) telah mengorak langkah baru bagi menambah stok bekalan kami ..
Kami telah membina reban tambahan bagi memuatkan kapasiti ayam ternakan kami pada kadar 6000 ekor pada satu2 masa di dalam reban ternakan kami...
Pembinaan reban ini telah dimulakan pada awal bulan Ogos 2010...
Ianya telah berjaya disiapkan pada 28hb. September 2010
Dengan hasil usaha dari banyak pihak.... hak3

Pihak kami akan mula menurunkan anak ayam bermula pada 01.10.2010 ( Jumaat )
Pada kadar 1000 - 2000 ekor seminggu...
Kami berharap usaha kami akan mendapat sokongan dan pandangan dari semua pihak...
Semoga usah semua pihak penternak seperti kami akan membuahkan hasil dan dapat memenuhi permintaan dari semua pihak...

Salam dari kami di Ayam FarmBest ( AFB )













Tuesday, September 21, 2010

AYAM KAMPUNG ORGANIK ( KACUK )

sALAM sEJAHTERA......

Sepertimana yang telah pihak kami janjikan....
Bermula pada awal bulan Ogos yang lalu, pihak kami telah menambahkan bekalan ayam kampung organik di reban kami.....
Untuk permulaan, sebanyak 500 ekor ayam kacuk telah dimasukkan....
dari penilaian yang kami jalankan dari segi pemakanan dan juga jangkamasa pembesaran ayam..
Pihak kami mendapati tahap pembesaran ayam kami mencecah sekilo ( 1 Kg ) mengambil masa selama 6 - 7 minggu....
Penggunaan jenis makanan dan baka banyak mempengaruhi tahap pembesaran ini..
Setakat ini, di terengganu, terutamanya kawasan kemaman & kuantan
Hanya terdapat makanan jenama SHC ( 21 % curde protein starter, 19 % grower )
dalam perkiraan makanan pula, pihak kami mendapati...
jika kita menggunakan 100 % sumber makanan dari dedak..
utk 500 ekor ayam memerlukan sebanyak 5 guni starter & 10 guni grower
yang mana pada pendapat pihak kami amat berat utk dipikul oleh semua penternak....
Oleh itu, makanan alternatif & juga makanan tambahan amat perlu utk mendapatkan hasil yang baik pada kadar perbelanjaan yang murah....
Pihak kami akan berkongsi serba sedikit info dari semasa ke semasa utk kita sama2 dapat mengurangkan kos penternakan & pada masa yang sama memperolehi hasil yang baik & berkualiti.....

Salam dari kami di Ayam Farm Best ( AFB )





Friday, September 17, 2010

PENYAKIT MENYERANG

Salam Sejahtera....

Selamat hari Raya Aidilfitri kepada semua para blogger
Hari raya kali ini, aku diberikan dugaan yang agak besar
Sedang aku bergembira, ternakan aku diserang penyakit yang tak dapat dikenalpasti
Bermula pada hari raya pertama, 15 ekor ayamku menyembah bumi
Kematian yang cukup tragis.......
mata membengkak, mulut berair, kemudian menggelupur sebelum menemui ajal
Sesudah seminit mati, warna kebiruan dapat dilihat di perut ternakanku...
Aduhaiiiiiiiii......
Bukan setakat itu sahaja,,,,,,,,,,,,,,,,,
Sejak itu setiap hari ayamku menemui ajal dlm purata 15 ekor ke atas...
Paling banyak pada hari raya ke - 5, sebanyak 39 ekor
Paling menyedihkan, umur ayam2 tersebut sudah mencecah usia 4 - 5 minggu.....
Aku terus sms rakan2 terdekat, banyak saranan dan idea telah diberikan
Terima kasih kepada semua rakan ternak yang telah membantu...
Aku membuat kesimpulan, keadaan reban yang kurang bersih di kala musim hujan melanda adalah punca utama merebaknya penyakit di reban ternakaku....
Kemungkinan besar ayam2ku diserang selsema burung tahap rendah...
Ayam jika tidak diasingkan akan mati secara berperingkat2.....
Alhamdulillah setelah banyak idea dari rakan penternak dan juga pejabat haiwan di tempat aku...
Jumlah kematian ayam2ku telah dapat dikawal....
Hampir separuh dari ternakkanku menemui ajal secara tragis....
Sedih dan pilu rasanya......
Tapi inilah pengalaman yang aku rasakan amat berguna untuk diambil
Serta dikongsi bersama rakan penternak yang lain....

Moga2 segala idea dari rakan penternak dapat digunapakai oleh semua penternak dan dari pihak kami di AFB mengucapkan berbanyak2 terima kasih....




- Kematian Tragis lagi menyanyat hati -


- Ubatan yang disarankan oleh pihak jabatan haiwan -