Friday, September 17, 2010

PENYAKIT MENYERANG

Salam Sejahtera....

Selamat hari Raya Aidilfitri kepada semua para blogger
Hari raya kali ini, aku diberikan dugaan yang agak besar
Sedang aku bergembira, ternakan aku diserang penyakit yang tak dapat dikenalpasti
Bermula pada hari raya pertama, 15 ekor ayamku menyembah bumi
Kematian yang cukup tragis.......
mata membengkak, mulut berair, kemudian menggelupur sebelum menemui ajal
Sesudah seminit mati, warna kebiruan dapat dilihat di perut ternakanku...
Aduhaiiiiiiiii......
Bukan setakat itu sahaja,,,,,,,,,,,,,,,,,
Sejak itu setiap hari ayamku menemui ajal dlm purata 15 ekor ke atas...
Paling banyak pada hari raya ke - 5, sebanyak 39 ekor
Paling menyedihkan, umur ayam2 tersebut sudah mencecah usia 4 - 5 minggu.....
Aku terus sms rakan2 terdekat, banyak saranan dan idea telah diberikan
Terima kasih kepada semua rakan ternak yang telah membantu...
Aku membuat kesimpulan, keadaan reban yang kurang bersih di kala musim hujan melanda adalah punca utama merebaknya penyakit di reban ternakaku....
Kemungkinan besar ayam2ku diserang selsema burung tahap rendah...
Ayam jika tidak diasingkan akan mati secara berperingkat2.....
Alhamdulillah setelah banyak idea dari rakan penternak dan juga pejabat haiwan di tempat aku...
Jumlah kematian ayam2ku telah dapat dikawal....
Hampir separuh dari ternakkanku menemui ajal secara tragis....
Sedih dan pilu rasanya......
Tapi inilah pengalaman yang aku rasakan amat berguna untuk diambil
Serta dikongsi bersama rakan penternak yang lain....

Moga2 segala idea dari rakan penternak dapat digunapakai oleh semua penternak dan dari pihak kami di AFB mengucapkan berbanyak2 terima kasih....




- Kematian Tragis lagi menyanyat hati -


- Ubatan yang disarankan oleh pihak jabatan haiwan -








No comments:

Post a Comment