Sunday, July 3, 2011

PAHLAWAN SABUNG

SALAM SEJAHTERA...

Kali nie saja2 nak menulis pasal ayam sabung adik iparku
Hobi nie sebenarnya dah lama dia jalankan seiring dengan jaga reban kami..
Ada kemungkinan baka jaguh2 sabung nie dah meresap masuk dlm induk ayam kami..

Baka nie dia amik dari adik ipar kami kat kuala terengganu
Yang ini katanya import dari thailand..
Aku tak pulak reti apa nama jenis baka sabung nie..
Tapi tengok dia punya libas ngan susuk badan
Boleh tahan jugak... hak3

Gambar nie aku amik lepas adik ipar aku mandikan
So, bulu tengah layu ngan badan nampak kotor sikit..
Jadi, sama2 la layan...
PAHLAWAN SABUNG .....

Salam dari kami rakan ternak D' Village Agro Farm



Tuesday, May 31, 2011

KUNJUNGAN MAUT

SALAM SEJAHTERA.............

pagi ahad yang lalu, aku dikejutkan dengan panggilan telefon iparku.
dengan nada agak teruja, beliau bgitahu ada berita tak baik..
ingatkan ayam aku mati beramai2..
tapi rupanya, ada kunjungan dari luar yang tidak diundang...

ULAR SAWA...........
Hari sebelumnya, beliau ada bgitahu sekor bapak ayam jantan kami terkorban dengan cara misteri, punca kematian tidak diketahui...
Keesokkannya, bila budak pekerja kami ke reban utk bagi makanan..
Terkejut beruk budak tu..
Melihat dengan selamba badak sekor ular sawa tengah lepak kat dlm reban kami..
Melihat kepada situasi di dlm reban,
Kemungkinan besar bapak ayam kami memberikan tentangan hebat kepada sang sawa
Betapa sayangnya sang bapak kepada si ibu yang berada bersama sang bapak..
Tapi, apa kan daya... si ayam menentang si sawa...
Sekor lagi bapak ayam jantan kami dah ada dlm perut sang sawa.. hak3
sedih jugak, bapak tu merupakan antara baka terbaik di reban kami..

Apa lagi, menjerit misteri la budak tu, dah la anaknya yang perempuan tengok dulu..
Terus anak beranak budak tu belasah sang sawa sampai terkulai...

Saksikanlah sang sawa yang telah menghuru-harakan reban kami nie..
Semoga ini menjadi serangan pertama dan terakhir direban kami..
Apapun, sambil tergelak besar kami telah merangka semula tahap keselamatan disekitar reban kami...

Salam dari kami rakan ternak D' Village Agro Farm


Friday, May 20, 2011

JUALAN AYAM KACUKAN ORGANIK KEMBALI

SALAM SEJAHTERA.....

Sudah agak lama pihak kami tidak bercerita berkenaan ayam kacukan organik..
Bukan maksud sudah cuci tangan dlm ternakan tersebut...
Cuma kehabisan stok pada hujung tahun 2010 menyebabkan pihak kami kekurangan bekalan kepada pihak pemborong dan pembekal...

Tapi, bermula awal bulan mac 2011, bekalan anak ayam telah kembali pulih seperti sediakala..
Cuma pihak kami telah membuat sedikit perubahan berkenaan bilangan stok ayam yang ada di reban kami pada satu2 masa..
Banyak faktor memainkan peranan dlm mendapatkan berat ayam yang baik dlm tempoh masa 3 bulan proses pembesaran ayam tersebut..
Keluasan reban untuk keselesaan ayam menjadi faktor utama pihak kami terpaksa merangka strategi bilangan stok di reban kami...

Setelah hampir 3 bulan usia ayam tersebut...........
Pihak kami kini telah membuka jualan ayam kacukan di reban kami...
Alhamdulillah.. sudah ada pemborong dan juga pembeli di sekitar kawasan kami telah menunjukkan minat mendapatkan bekalan secara berkala di reban kami...

Pihak kami memohon berbanyak maaf jika terdapat pihak luar yg cuba mendapatkan bekalan dari pihak kami tetapi pihak kami tidak dapat memenuhi permintaan akibat stok ayam yang terhad di reban kami..

Pihak kami telah merangka strategi pemasaran secara berperingkat...
Di mana kami memberi tumpuan kepada penjualan ayam sekitar 300 ke 500 ekor sebulan di sekitar kawasan kami...

Jika ada pihak luar yang ingin mendapatkan bekalan secara berlebihan serta berkala dari pihak kami...
Pihak kami memohon agar dapat dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak kami utk pihak kami merangka strategi penambahan stok dari semasa ke semasa...
InsyaAllah.....
Dengan sokongan & kerjasama dari semua pihak,
Pihak kami akan terus berusaha melakukan yang terbaik untuk semua...
Semoga yang terbaik kepada semua dan juga pihak kami....

Salam dari kami rakan ternak D' Village Agro Farm..








Wednesday, May 18, 2011

GENERASI MESIN ( INKUBUTOR )

SALAM SEJAHTERA...........

Alhamdulillah, itu yang boleh kami katakan kepada semua..
Sejak kami menggunakan alternatif penetasan menggunakan mesin 2 bulan yang lalu
Kini, hasilnya sudah boleh kami katakan pada tahap memberangsangkan...

Setakat ini, pengeluaran telur masih lagi di tahap sederhana
Sekitar 30 biji seminggu dapat dimsukkan ke dalam inkubutor..
Tapi tahap penetasan telah mencapai lebih 50 % pada 4 peringkat penetasan setakat ini

Kebiasaan penetasan berlaku pada hari ke 20 & 21
Apa yang dapat kami perhatikan, banyak telur terpaksa dibantu utk anak melihat dunia baru....
Mungkin tahap kualiti telur kurang baik menyebabkan anak kurang berupaya utk menebuk kulit telur dengan sendiri..
Apapun, pihak kami masih belajar & melihat perkembangan yang lain..

Penjagaan anak yang telah menetas amat penting seusia mereka melihat dunia baru
Anak dibiarkan berada 2 - 3 hari di dlm inkubutor
Kemudian dipindahkan ke reban didik yang tertutup
Ini bagi memastikan haba yang efisyen diperolehi oleh mereka
Kami hanya menggunakan kaedah tradisional & mudah
iaitu pemasangan lampu dan sekeliling ditutup dengan guni pada waktu malam..

Alhamdulillah, setakat ini tahap kematian anak yang menetas dapat di atasi
Setakat ini sudah hampir terdapat 35 ekor generasi baru ayam kampung asli kami telah dihasilkan menggunakan bantuan mesin inkubutor ini...

Mudah - mudahan yang terbaik utk kami dan juga semua..
Salam dari kami rakan ternak D' Village Agro Farm..





Tuesday, May 17, 2011

SELASIH OH BELANDA

Sejahtera....

Lama benar dah tak update blog, hampir 2 bln jugak kot...
Skrg kerja busy sikit + malas nak menulis.. he3

Kali nie, nak update ternakan baru kami si selasih & juga belanda
Dah hampir 2 bulan setengah umur bebudak baru kat reban kami...
Alhamdulillah.. mereka masih lagi menghuni reban kami..
Cuma sekor belanda dah kena puru, kesian jugak tengok beliau..

Melihat si belanda hanya berdua saja...
So, aku putuskan mencari lagi sahabat mereka..
on d way balik dari kl, aku singgah selayang
Tinjau kedai ayam kat sekitar pasar borong selayang...
Alhamdulillah jumpa 2 ekor belanda putih ngan 2 ekor ayam api

Melihat kepada perkembangan ternakan nie...
InsyaAllah, kalau ada rezeki akan ditambahkan stok..
Dah ada yang bertanya2 pasal ayam belanda ngan api2nie..

Moga2 dipermudahkan lah segala urusan dan penjagaan seharian..

Salam dari kami rakan ternak D' Village Agro Farm







Thursday, March 31, 2011

PENGHUNI BARU D' VILLAGE

SALAM SEJAHTERA....

Kali nie pihak kami nak share ngan semua penghuni baru di reban kami..
Dah lama sebenarnya berkenan tengok blog rakan2 pasal ayam2 eksotik dll..
So, nak dijadikan cerita...
Masa rakan kongsi aku pergi ke kedai utk ambil tempahan ayam kacuk..
Ternampaklah oleh beliau anak ayam selasih ngan belanda yg kiut miut
Apa lagi.....
Terus dia call aku bgitahu..

Dalam tak sedar, dia rembat 10 ekor selasih dan sepasang belanda..
Harga selasih dapat dlm RM30 utk 10 ekor
Belanda agak mahal sikit RM30 utk sepasang
Duit pun ngam2 bwk ciput utk bayar ayam kacuk..

Lagipun dah lama aku duduk meninjau ayam2 berkenaan
Sekurang2 nya dapat la kami belajar selok belok kerenah ayam2 berkenaan
InsyaAllah.........
Kalau menjadi cantik, kami akan tambahkan koleksi kami...
Doakan yg terbaik kepada kami dan semua....
aminnnnnn....

Salam dari kami rakan ternak D' Village Agro Farm







VAKSIN.....

SALAM SEJAHTERA...........

Kali nie, kami ingin berkongsi dengan semua berkenaan penggunaan vaksin sampar
Ramai sangat bertanya berkenaan nak dapatkan vaksin nie..
Ini adalah vaksin sampar yang selalu kami gunakan di reban kami
Keluaran pihak MVP ( Malaysian Vaccines & Pharmaceuticals )

Kami hebah2kan disini no telefon pihak MVP utk tatapan semua
Cubalah berbincang dgn pihak mereka...
Kemungkinan pihak MVP boleh uruskan penghantaran melalui pos kepada sesiapa yang berminat....
Lokasi MVP dekat kawasan bangi....
No. Tel : 03 - 89223508

Salam dari kami rakan ternak D' Village Agro Farm..



Tuesday, March 29, 2011

TELUR AJAIB

SALAM SEJAHTERA.....


Kali nie, aku taknak crita panjang..

Cuma nak berkongsi pengalaman hebat yg slalunya aku baca & dengar saja...


TELUR AYAM JANTAN...

Haaaaaaaaaaaaa.....


Tak sangka plak, ada rezeki aku tgk ayam jantan bertelur

Kejadian nie disaksikan oleh pemilik bersamaku...

Terkejut itik dia tgk bapak ayam bertelur depan mata kepala dia...

Terus dia call aku utk ceritakan...

Hek3...

So, saksikanlah keajaiban ini bersama2..

Saiznya besar sikit dari syiling 20 sen...

Sungguh Besar Kekuasaan tuhan...

Salam dari kami rakan ternak D' Village Agro Farm...


Thursday, March 24, 2011

JAGUH KAMPUNG

SALAM SEJAHTERA.....
Tajuknya ajer dah menggegarkan cuping telinga....
hek3...
Sebenarnya, kali nie kami nak memperkenalkan jaguh2 pejantan kami kepada dunia luar
Ini adalah segahagian hero jantan utk dijadikan induk di reban kami
Baka pejantan ini akan diperturunkan kepada generasi yg akan datang...
10 ekor jantan baka ini akan dikahwinkan dengan 50 ekor betina...

InsyaAllah,,, kalau ada jodohnya...
Keluarlah baka2 anak ayam kampung asli yg mantap dan berkualiti...
Moga2 usaha kami mendapat kejayaan yang baik...

Salam dari kami rakan ternak D' Village Agro Farm...



- Ini baka ayam kacuk -



Wednesday, March 23, 2011

KEMASUKAN AYAM BATCH N0. 04


SALAM SEJAHTERA.....

Setelah hampir 2 bulan stok ayam tidak dapat diturunkan akibat masalah cuaca hujan serta serangan sampar yang membadai seluruh malaysia...

Alhamdulillah....
Kami telah memulakan langkah memasukkan stok ayam terbaru
01.03.2011 ( selasa ), 500 ekor ayam telah dimasukkan ke reban kami

Perancangan pada kali ini diubah sedikit memandangkan permintaan ayam yang semakin tinggi
Dari rekod jualan terdahulu...
Pihak kami merangka jualan sebulan di sekitar kawasan kami adalah 300 - 500 ekor
Maka, pihak kami akan membuat kemasukan setiap 3 minggu sebanyak 300 ekor ayam
Ini bagi mengelakkan berlakunya kehabisan stok ayam sebagaimana yg telah dialami oleh pihak kami pada bulan 1 & 2 baru2 ini...

Di samping itu, gabungan ternakan ayam kampung asli dapat menampung bekalan dari permintaan ramai kepada ayam kampung asli..
Kami akan membesarkan lagi ruang ternakan kami bagi memberikan ruang kepada ayam kampung kacuk serta ayam kampung asli kami...

Salam dari kami rakan ternak D' Village Agro Farm
















Sunday, February 20, 2011

IBU AYAM MAKAN TELUR SENDIRI

SALAM SEJAHTERA.......

Masalah lama berulang kembali.....
Sejak induk2 ayam kampung asli kami dimasukkan ke dlm reban induk baru
Timbul masalah baru..

Ibu ayam mula memakan telurnya sendiri
Kalau takpun, member sereban yang tibai telur yang lain..
Aku perhatikan, ianya banyak terjadi di kalangan ibu2 muda..
Banyak yang dah member aku bagi penampar sulung..
Katanya nak bagi sedikit pengajaran... hak3
Tapi, bila reban ditinggalkan, abis telur kena santap..

Setakat ini, hampir 100 biji telur yang dihasilkan diratah oleh si ibu..
Yang jantan hanya join bila telur dah pecah..
Si ibu yang memulakan patukan pemecah telur...

Kami memohon idea dan pandangan rakan2 yang bijak di luar sana
Apakah cara terbaik menangani masalah ini selain di potong leher... hek3
Kerana, kata orang... jangan kerna marahkan seekor nyamuk
Kelambu pula yang dibakar...
Silap2 kalau nasib tidak baik...
Rumah nya sekali dijilat api.... hek3

salam dari kami rakan ternak D' Village Agro Farm

Friday, February 18, 2011

AYAM KAMPUNG ASLI KEMBALI....

Salam Sejahtera...

Membaca tajuknya dah semacam crita pendekar la plak..
Sebenarnya, pihak kami telah membuat penyusunan semula kepada lebih 100 ekor ayam kampung asli kami yang ada...

Kali ini, pihak kami telah membuat renovation reban kami utk menenpatkan induk2 ayam kampung asli kami..
Pemilihan ketat kualiti baka ayam telah dijalankan oleh pemilik bersamaku..
Dari 100 ekor ayam kampung asli yang ada, hanya kira2 50 ekor sahaja yang terpilih utk menghuni reban induk yang telah di renovation...
selebihnya menerima nasib dijual kepada peminat yang sudah lama mengidamkan ayam kampung asli kami....

Sebanyak 12 reban induk berkeluasan 7' panjang x 8' lebar x 8' tinggi telah disediakan
Satu reban menempatkan 1 ekor jantan & 5 ekor betina
sebaik ditempatkan, ibu ayam mula menjalankan tugas bertelur...
Hampir 5 reban induk telah menghasilkan telur...

Harapan kami, dengan penyusunan semula penempatan ayam kampung asli ini akan dapat meningkatkan lagi pengeluaran telur dan juga penghasilan anak ayam kampung asli....
Moga2, satu hari nanti... kami akan dapat memenuhi pasaran bagi ayam kampung asli...
aminnnnnnnnnnnnn.....
salam dari kami rakan ternak D' Village Agro Farm