Friday, February 18, 2011

AYAM KAMPUNG ASLI KEMBALI....

Salam Sejahtera...

Membaca tajuknya dah semacam crita pendekar la plak..
Sebenarnya, pihak kami telah membuat penyusunan semula kepada lebih 100 ekor ayam kampung asli kami yang ada...

Kali ini, pihak kami telah membuat renovation reban kami utk menenpatkan induk2 ayam kampung asli kami..
Pemilihan ketat kualiti baka ayam telah dijalankan oleh pemilik bersamaku..
Dari 100 ekor ayam kampung asli yang ada, hanya kira2 50 ekor sahaja yang terpilih utk menghuni reban induk yang telah di renovation...
selebihnya menerima nasib dijual kepada peminat yang sudah lama mengidamkan ayam kampung asli kami....

Sebanyak 12 reban induk berkeluasan 7' panjang x 8' lebar x 8' tinggi telah disediakan
Satu reban menempatkan 1 ekor jantan & 5 ekor betina
sebaik ditempatkan, ibu ayam mula menjalankan tugas bertelur...
Hampir 5 reban induk telah menghasilkan telur...

Harapan kami, dengan penyusunan semula penempatan ayam kampung asli ini akan dapat meningkatkan lagi pengeluaran telur dan juga penghasilan anak ayam kampung asli....
Moga2, satu hari nanti... kami akan dapat memenuhi pasaran bagi ayam kampung asli...
aminnnnnnnnnnnnn.....
salam dari kami rakan ternak D' Village Agro Farm








1 comment:

  1. gamba bulan 2 2011.. sekarang dah 2013 .. mesti dah ada pasaran dan dah maju skrang.. tahun yang sama dengan saya ternak ayam nie.. tapi ayam saya tahun 2013 nie baru nak jadi... bleh jadi kawan yooo...

    ReplyDelete