Friday, November 26, 2010

UPDATE TERNAKAN AYAM TERKINI

Salam Sejahtera....

Sudah sekian lama pihak kami tidak update perkembangan terkini di reban kami....
Maaf kerana sedikit sibuk sejak kebelakangan ini...
kali ini, pihak kami ingin mengumumkan kepada semua pihak...
Pihak kami telah membuka jualan ayam organik kami kepada semua pihak
Setakat ini, berat ternakan kami sekitar 1.2 - 1.5 kg
bekalan kami setakat ini sebanyak 800 ekor...
dan ianya akan terus dapat dijual kepada semua mengikut peringkat2...

Jumlah ternakan kami sehingga kini adalah 3000 ekor
dan jualan adalah mengikut peringkat pembesaran....
Semoga dengan sokongan semua pihak...
Pihak kami serta semua warga penternak akan terus maju dan berjaya...

Sekian dari kami rakan ternak D' Village Agro Farm.....
- Ayam Batch No. 02, umur 4 minggu ( berat 500 gram ) -
- Batch No. 02, umur 4 minggu ( berat 500 gram ) -
- Batch No. 03, umur 3 minggu ( berat 350 gram ) -

- Batch No. 01, umur 6 minggu ( berat 1.00 kg ) -
- Batch No. 01, umur 6 minggu ( berat 1.00 kg ) -











Thursday, October 28, 2010

AYAM KAMPUNG ORGANIK ( BATCH NO. 03 )

Salam sejahtera.......

23.10.2010 ( Sabtu )...
Sekali lagi kami telah menambah bekalan ayam kampung organik di reban kami...
1000 ekor ayam telah dimasukkan menjelang jam 6:00 pagi...

Sekali lagi kami mengucapkan rasa syukur kerana dapat menambah bekalan sepertimana perancangan awal pihak kami....
Kali ini, ayam yang dihantar mencecah berat purata 95 g / ekor....

Pemantauan berat berkala setiap minggu serta rekod pemakanan amat penting bagi menyemak tahap pemakanan ayam serta pertambahan berat purata setiap minggu...
Ini penting utk memastikan samada terdapat masalah baka ayam yang tidak berkualiti ataupun sumber makanan tidak berkhasiat sekiranya purata berat tidak mencecah 150 - 200 gram seminggu selepas ayam berumur 2 minggu....

Purata pemakanan ayam bagi 1000 ekor dlm tempoh 2 minggu pertama adalah 8 guni starter ( 50 kg )....
untuk tempoh serta jumlah makanan tersebut, purata berat ayam yang mesti direkodkan adalah sekitar 200 - 300 gram.....
Jika tidak, kemungkinan besar baka ayam, sumber makanan serta persekitaran reban menjadi faktor penyumbang kepada tahap pembesaran ayam....
Kajian serta pemantauan berkala harus dijalankan utk mengesan punca sebenar pertambahan berat tidak mencapai berat yang diperlukan....
Kami di D' Village Agro Farm amat menitikberatkan pemantauan berkala ini...
Harapan kami, segala ilmu dapat dikongsi bersama serta diberikan pandangan dari semua sahabat di luar sana...

Sekian dari kami rakan ternak D' Village Agro Farm...




- Ayam berumur sekitar 7 hari -

Tuesday, October 26, 2010

AYAM KAMPUNG ORGANIK ( BATCH NO. 02 )

salam Sejahtera....

12.10.2010 : 1000 ekor ayam kampung organik...
itu fakta dari pihak kami....

Alhamdulillah.....................................
pihak kami telah menambah bekalan ayam kami untuk keperluan pasaran
Setiap kemasukan ayam baru aklan pihak kami timbang
Purata berat ayam yang sampai sekitar 42 gram...
Kali ini, bekalan ayam kami dapatkan dari pembekal yang lain..
Ini kami lakukan bagi mendapatkan perbandingan pembesaran ayam serta keperluan makanan bagi setiap batch yang kami masukkan.

Perancangan kami adalah supaya dapat megeluarkan 1000 ekor ayam setiap minggu
Bertujuan utk memenuhi bekalan kepada pihak luar...
Semoga usaha kami akan mendapat sokongan dan pandangan dari semua pihak..

Salam dari kami rakan ternak D' Village Agro farm...










- Gambar Ayam Berusia 2 Minggu -


Wednesday, October 20, 2010

VAKSIN SAMPAR & PENYAKIT BERMUSIM

Salam Sejahtera...

Kali nie tak banyak yang kami nak bercerita
Cuma sejak kebelakangan ini, banyak berita dan khabar buruk menimpa rakan2 penternak kita
Kami juga mengalami nasib yang sama pada bulan yang lepas...

SAMPAR......
Perkataan ini agak menyeramkan bagi warga penternak spesis burung
jika ianya menyerang & menjangkiti ternakan, alamattttttttt......
terjadilah kematian trajis dan sadis di depan mata empunya ternakan....

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI......
Slogan ini kami rasakan amat bertepatan dengan krisis ini....
Belajarlah selok belok pengendalian vaksin ini supaya hasil titik peluh kita semua berada dlm keadaan yang terbaik dan mengurangkan risiki dijangkiti penyakit ini...

Salam dari kami rakan ternak D' Village Agro Farm...


- Vaksin Yang Di Pakai Oleh Pihak Kami -

Tuesday, October 19, 2010

PENGGUNAAN VAKSIN ( SAMPAR & PENYAKIT BERMUSIM )

Salam Sejahtera.....

Pihak kami di D' Village Agro Farm amat berbesar hati kepada semua respond yang telah diberikan oleh semua pihak setakat ini....
Jika ini yang diamalkan dan dipraktikkan oleh semua warga penternak, maka semua pihak akan mendapat manafaat dari apa yang dipaparkan olek semua...

Pada kali ini, kami ingin memaparkan kaedah penggunaan vaksin yang telah diamalkan oleh pihak kami...
Amat penting pemberian vaksin ini diberi pada peringkat ayam berumur 7 hari....
Ini bagi mengelakkan kerugian kepada semua penternak jika penyakit bernusim seperti sampar menyerang...
Vaksin ini berharga sekitar RM 35 - RM 45 mengikut tempat diperolehi
Namun, bagi kami janganlah dipandang harga nya yang dianggap mahal oleh sesetengah pihak jika dibandingkan dengan risiko yang akan kita hadapi bila penyakit menyerang...
Sanggupkah kita mengalami kerugiaan beribu ringgit hanya kerana sayangkan RM 45 utk sekali penggunaan....
Sebotol kecil vaksin ini mampu memberi perlindungan kepada ternakan ayam sebanyak 1000 ekor pada kadar bancuhan yang telah ditetapkan...
Pengendalian vaksin ini amat dititikberatkan oleh pihak kami..
Ini kerana, vaksin ini memerlukan persekitaran sejuk utk terus aktif dan hidup
Sebaik2 nya ianya diletakkan di dalam peti ais sebagai tempat penyimpanan sebelum digunakan...

Ini adalah antara kaedah bancuhan bagi vaksin tersebut kepada kira2 1000 ekor ayam ternakan kami di D' Village Agro Farm...

Catatan :-
- Pihak kami menggunakan 5 bekas minuman paling besar kepada 1000 ekor ternakan kami...
Harapan kami, agar info yg kami berikan memberikan manafaat dan bimbingan kepada semua pihak....
Salam dari kami rakan ternak D' Village Agro Farm...
- Air dimasukkan ke dalam bekas mengikut sukatan bekas minuman ayam -
- Susu Tepung dimasukkan ke dlm air sebanyak 500 gram -
- Air Batu / Ais dimasukkan ke dalam bancuhan untuk megekalkan tahap suhu sejuk -
- Vaksin dimasukkan kedalam bancuhan dan di kacau rata -
- Setelah siap dibancuh, masukkan ke dlm bekas minuman dan diberi minum kepad 1000 ekor -














Thursday, October 14, 2010

AMALAN PENGURUSAN REBAN YANG BAIK

Salam Sejahtera....

Kali ini, kami ingin berkongsi amalan pengurusan reban yang diamalkan oleh pihak kami.
Reban kami berbentuk 'L' dan mempunyai ukuran 20' x 60' serta melebar 30' x 30'
Kami telah membahagikan setiap bahagian kepada 10' x 30' untuk menempatkan kira2 1000 ekor ternakan bagi setiap blok ...
Reban beratap zink dan berdindingkan BRC ini berada di dlm kawasan yang berpagar ( chain - link ) berkeluasan 110' x 60'.....
Pihak kami mengamalkan hamparan pasir di dlm reban tertutup dan kawasan luar berumput untuk tujuan ayam2 kami mendapat makanan semulajadi di kawasan luar yang bebas...

Ini adalah antara ringkasan jadual pemakanan & pembersihan reban pihak kami :

- Hari Pertama : Campuran Anti - Stress dlm minuman
- Hari Ke - 7 : Pemberian Vaksin ( Elak Sampar & penyakit Bermusim Yang lain )
- Hari Ke - 14 : Pemberian Ubat Cacing
- Hari Ke - 15 : Alih ke blok baru & blok asal dibersihkan ( buang najis & semburan EM )
- Hari Ke - 16 : Tambah pasir baru ke blok asal & semburan EM
- Hari Ke - 21 : Alih Blok, Bersih blok asal, tambah pasir, semburan EM & Anti - Stress
- Hari Ke - 28 : Alih Blok, bersih blok asal, tambah pasir, semburan EM & anti - stress
- Hari Ke - 30 : Ayam dilepaskan ke persekitaran luar yang terbuka ( berpagar )

Catatan :-

- Pada sebelah malam, ayam akan dimasukkan ke dalam reban tertutup utk mengelakkan musang berbulu dan berkepala hitam,,,, hak3
- Pemberian vitamin ( VitaPlus ) serta agen pembesaran ternakan ( Pro - Lacto ) akan dimulakan pada hari ke - 2 dan berterusan setiap hari... ( dicampurkan dlm air minuman mengikut sukatan yang ditetapkan )...

Dengan amalan ini, setakat ini pihak kami telah mengambil purata kenaikan berat ternakan kami selepas umur 1 minggu adalah sekitar 150 - 200 gram seminggu...

Namun, pihak kami dlm peringkat percubaan menggunakan agen pembesaran ternakan ( Pro - Lacto ) utk batch yang terbaru... setakat ini setelah 2 minggu menggunakan agen tersebut, tahap purata peningkatan berat ternakan kami mencecah 200 - 250 gram seminggu... Namun pihak kami masih di peringkat percubaan... pembesaran ayam banyak bergantung kepada baka ternakan, jenis makanan serta keadaan reban ( kebersihan, keselesaan serta gangguan persekitaran - tekanan )..

Harapan kami agar info yang kami paparkan memberi panduan dan pandangan dari semua pihak agar kita semua dapat menambahbaik sistem yang sediada serta dapat dikongsi oleh semua...

Salam dari kami rakan ternak D' Village Agro Farm....

Tuesday, October 12, 2010

AYAM KAMPUNG ASLI

Salam Sejahtera.....


Kali ini, aku tak banyak nak bercerita....
Sekadar ingin berkongsi gelagat ayam kampung asli di reban kami...
Permintaan ayam kampung asli amat menggalakkan walaupun kami menternak di dlm kawasan felda...
ada pernah beberapa kali apek datang ke reban kami mintak utk beli stok ternakan kami...
Pihak kami amat berbesar hati kepada beliau...
Sanggup datang dari bandar kuantan semata2 utk meninjau & membeli ayam kami...
Pada asalnya, pihak kami memang berat utk menjual bekalan ayam kampung asli kami...
Ini berikutan bekalan kami amat terhad iaitu sekitar 150 ekor sahaja serta masih dlm peringkat utk menambahkan bekalan..
Yang ada sekadar utk dijadikan induk bagi menambahkan bilangan ternakan...

Pihak kami dlm peringkat meninjau mesin2 inkubutor dipasaran luar utk meningkatkan produktiviti penghasilan anak di reban kami...
Kami bercadang utk mendapatkan mesin auto yg boleh menempatkan sekitar 500 biji telur dlm satu2 masa.....
jika ada saranan dari semua pihak, dapatlah kiranya memberi panduan kepada pihak kami.

Salam Dari kami rakan ternak D' Village Agro Farm












Monday, October 11, 2010

PENJAGAAN KESIHATAN AYAM


Salam Sejahtera....
Kali ini, pihak kami ingin berkongsi sedikit maklumat berkenaan produk penjagaan kesihatan yang telah diamalkan ileh pihak kami di reban kami....
Produk2 ini telah kami dapatkan kebanyakkannya dari pihak pejabat haiwan dan juga rakan penternak yang telah mengesyorkan penggunaan produk mereka...

Penggunaan anti-stress, vitamin, ubat cacing dan juga Bakteria Baik ( EM ) adalah amat perlu bagi memastikan kesihatan dan pembesaran ayam berada dlm tahap yang memberangsangkan...
Ini adalah sebahagian produk kesihatan yang telah kami amalkan dan setakat ini ianya masih tidak mengecewakan pihak kami....
moga2 apa yang kami paparkan ini boleh dijadikan panduan dan pandangan dari semua pihak...

Salam dari kami rakan ternak D' Village Agro Farm..

- Vitamin utk kesinatan ayam -

- Campuran dlm minuman setiap hari -

- Ubat Cacing -

- Di beri pada peringkat 14 hari umur ayam -

- Anti Stress -

- Digunakan pada awal ayam diturunkan & setiap kali pindah reban serta 1 minggu sekali -


- Bakteria Baik ( EM ) -

- Semburan pada kaw. reban serta campurkan dlm air minuman, elak lalat & bau najis -



Saturday, October 9, 2010

PRODUK PENGGALAK SELERA MAKAN

Salam Sejahtera....
Terlebih dahulu, pihak kami nak maklumkan kepada semua bermula pada 09.10.2010, pihak kami akan dikenali sebagai D' Village Agro Farm.......
Segala urusan dan perhubungan akan menggunapakai nama tersebut...

Kali ini, saya ingin berkongsi sedikit berkenaan satu produk yang telah dipraktikkan oleh pihak kami selama lebih 2 bulan...
Produk ini telah kami dapati dari sahabat penternak yang tidak asing lagi dlm dunia penternakan...
Beliau kami panggil dengan nama Abg Ramli...
Produk ini dikenali sebagai Hidro Rex Vital Aminoacidos ( HRV )
Fungsi utama produk ini adalah untuk menambahkan selera makan ternakan terutamanya ayam..
Pada kebiasaannya, berat ayam dalam tempoh seminggu adalah bertambah sebanyak 150 - 200 gram....
Dengan penggunaan HRV pihak kami telah mendapat hasil yang amat memberangsangkan
iaitu sebanyak 250 - 300 gram seminggu dengan kadar kuantiti makanan yang sama seperti biasa...
Apa yang dapat kami perhatikan adalah, ayam kebisaannya akan memilih makanan yang diletakkan di dalam bekas...
sesetengahnya membuang makanan dan ini merugikan penternak...
namun, dengan penggunaan HRV, ternakan memakan hampir 99 % dedak yang dibekalkan tanpa memilih...
Produk ini dilihat satu alternatif yang baik kepada semua penternak bagi mendapatkan hasil yang baik dengan kadar perbelanjaan yang berpatutan...
Salam dari kami D' Village Agro Farm....

Friday, October 8, 2010

REBAN TAMBAHAN SIAP SEPENUHNYA...

Salam sejahtera....

Alhamdulillah.......
reban tambahan yang telah dirancang akhirnya siap sepenuhnya hasil usaha dan kerjasama adik ipar ku.... sama jer umur.. hak3
Reban tambahan ini dibuat agar dapat pihak kami menjalankan penternakan secara ternak lepas disekitar kawasan seluas kira2 setengah ekar ( di pagar dgn menggunakan chain-link...
Konsep ini dipraktikkan bagi mendapatkan hasil ternakan ayam secara organik
Di mana ayam tidak sepenuhnya bergantung kepada sumber makanan dedak semata2..
Sebaliknya mendapat sumber makanan secara semulajadi di persekitaran luar reban...
Kaedah ini juga secara tidak langsung dapat memberikan penjimatan kepada penternak kerana tahap penggunaan dedak akan berkurangan secara tidak langsung....
Namun begitu, konsep ini memerlukan kawasan penternakan yang agak luas...
Dimana kebanyakannya menjadi masalah utama kepada penternak....
Apapun, setiap perkara jika dirancang dengan teliti
Walaupun secara berdikit2, pasti akan membuahkan hasil yang berkualiti dan bermutu..
Kami di Ayam FarmBest amat mengalu2kan pandangan & pendapat dari semua pihak utk menambahbaik sistem ternakan kami dari masa ke semasa...
Sekian dari kami di Ayam FarmBest ( AFB )

- Tempat lepak khas disediakan -

Tuesday, October 5, 2010

AYAM KAMPUNG ORGANIK ( BATCH NO. 01 )

Salam Sejahtera.....


Seperti yang telah dirancang, selepas berhempas pulas menyiapkan reban tambahan
Kami telah berjaya menempatkan 1000 ekor anak ayam kampung organik...
Syukur & puas rasanya apabila melihat ternakan dapat dilepaskan mengikut perancangan..

Mengikut jadual kami...
Sebanyak 1000 ekor ayam kampung organik akan kami lepaskan setiap minggu...
Reban baru kami boleh menempatkan 7000 ekor ternakan dlm satu2 masa di dalam kurungan
Serta mampu menampung 10000 ekor ternakan untuk keseluruhan kawasan reban lepas..
Pihak kami menjalankan penternakan secara kurung lepas...
iaitu dilepaskan pada siang hari...
Dan dikurung pada waktu malam utk mengelakkan dari serangan musang berkepala hitam..
InsyaAllah dengan sokongan semua pihak...
Pihak kami akan terus berkembang maju bersama2 penternak2 yang lain..

salam dari kami di Ayam FarmBest ( AFB )










Sunday, September 26, 2010

REBAN TERNAK TAMBAHAN

Salam Sejahtera.......

Pihak kami di Ayam FarmBest ( AFB ) telah mengorak langkah baru bagi menambah stok bekalan kami ..
Kami telah membina reban tambahan bagi memuatkan kapasiti ayam ternakan kami pada kadar 6000 ekor pada satu2 masa di dalam reban ternakan kami...
Pembinaan reban ini telah dimulakan pada awal bulan Ogos 2010...
Ianya telah berjaya disiapkan pada 28hb. September 2010
Dengan hasil usaha dari banyak pihak.... hak3

Pihak kami akan mula menurunkan anak ayam bermula pada 01.10.2010 ( Jumaat )
Pada kadar 1000 - 2000 ekor seminggu...
Kami berharap usaha kami akan mendapat sokongan dan pandangan dari semua pihak...
Semoga usah semua pihak penternak seperti kami akan membuahkan hasil dan dapat memenuhi permintaan dari semua pihak...

Salam dari kami di Ayam FarmBest ( AFB )













Tuesday, September 21, 2010

AYAM KAMPUNG ORGANIK ( KACUK )

sALAM sEJAHTERA......

Sepertimana yang telah pihak kami janjikan....
Bermula pada awal bulan Ogos yang lalu, pihak kami telah menambahkan bekalan ayam kampung organik di reban kami.....
Untuk permulaan, sebanyak 500 ekor ayam kacuk telah dimasukkan....
dari penilaian yang kami jalankan dari segi pemakanan dan juga jangkamasa pembesaran ayam..
Pihak kami mendapati tahap pembesaran ayam kami mencecah sekilo ( 1 Kg ) mengambil masa selama 6 - 7 minggu....
Penggunaan jenis makanan dan baka banyak mempengaruhi tahap pembesaran ini..
Setakat ini, di terengganu, terutamanya kawasan kemaman & kuantan
Hanya terdapat makanan jenama SHC ( 21 % curde protein starter, 19 % grower )
dalam perkiraan makanan pula, pihak kami mendapati...
jika kita menggunakan 100 % sumber makanan dari dedak..
utk 500 ekor ayam memerlukan sebanyak 5 guni starter & 10 guni grower
yang mana pada pendapat pihak kami amat berat utk dipikul oleh semua penternak....
Oleh itu, makanan alternatif & juga makanan tambahan amat perlu utk mendapatkan hasil yang baik pada kadar perbelanjaan yang murah....
Pihak kami akan berkongsi serba sedikit info dari semasa ke semasa utk kita sama2 dapat mengurangkan kos penternakan & pada masa yang sama memperolehi hasil yang baik & berkualiti.....

Salam dari kami di Ayam Farm Best ( AFB )





Friday, September 17, 2010

PENYAKIT MENYERANG

Salam Sejahtera....

Selamat hari Raya Aidilfitri kepada semua para blogger
Hari raya kali ini, aku diberikan dugaan yang agak besar
Sedang aku bergembira, ternakan aku diserang penyakit yang tak dapat dikenalpasti
Bermula pada hari raya pertama, 15 ekor ayamku menyembah bumi
Kematian yang cukup tragis.......
mata membengkak, mulut berair, kemudian menggelupur sebelum menemui ajal
Sesudah seminit mati, warna kebiruan dapat dilihat di perut ternakanku...
Aduhaiiiiiiiii......
Bukan setakat itu sahaja,,,,,,,,,,,,,,,,,
Sejak itu setiap hari ayamku menemui ajal dlm purata 15 ekor ke atas...
Paling banyak pada hari raya ke - 5, sebanyak 39 ekor
Paling menyedihkan, umur ayam2 tersebut sudah mencecah usia 4 - 5 minggu.....
Aku terus sms rakan2 terdekat, banyak saranan dan idea telah diberikan
Terima kasih kepada semua rakan ternak yang telah membantu...
Aku membuat kesimpulan, keadaan reban yang kurang bersih di kala musim hujan melanda adalah punca utama merebaknya penyakit di reban ternakaku....
Kemungkinan besar ayam2ku diserang selsema burung tahap rendah...
Ayam jika tidak diasingkan akan mati secara berperingkat2.....
Alhamdulillah setelah banyak idea dari rakan penternak dan juga pejabat haiwan di tempat aku...
Jumlah kematian ayam2ku telah dapat dikawal....
Hampir separuh dari ternakkanku menemui ajal secara tragis....
Sedih dan pilu rasanya......
Tapi inilah pengalaman yang aku rasakan amat berguna untuk diambil
Serta dikongsi bersama rakan penternak yang lain....

Moga2 segala idea dari rakan penternak dapat digunapakai oleh semua penternak dan dari pihak kami di AFB mengucapkan berbanyak2 terima kasih....




- Kematian Tragis lagi menyanyat hati -


- Ubatan yang disarankan oleh pihak jabatan haiwan -








Thursday, July 29, 2010

AYAM KAMPUNG ORGANIK ( KACUK )

Salam Sejahtera....
Pihak Ayam-Farm-Best telah mengambil inisiatif tambahan dlm menambahkan pilihan kepada semua.....
Pihak kami telah memulakan ternakan ayam kampung organik ( kacuk )...
Pada peringkat permulaan, pihak kami telah memasukkan sebanyak 170 ekor ayam kacuk ke dalam reban kami....
setelah hampir 3 minggu, pihak kami amat bersyukur kerana masih lagi tiada kematian dicatatkan.....
Pembesaran ayam juga menampakkan hasil yang agak baik iaitu sekitar 400 gram ( 3 minggu )...
Dengan permintaan dari banyak pihak, Pihak kami di AFB bercadang utk menambahkan lagi hasil pengeluaran kami kepada 500 ekor seminggu...
Pihak kami akan memulakan kemasukan ternakan baru pada 30hb. Julai, 2010 ( Jumaat )
Di harap dengan adanya sokongan dari semua pihak, pihak kami akan terus bersama2 memenuhi permintaan dari semua pihak dlm melahirkan produk makanan yang baik & bermutu....

Sekian dari kami di Ayam-Farm-Best ( AFB )

- Peace No War -


- Anak ayam berusia 1 Minggu -

- Reban Ternakan Ayam Kaedah Kurung Lepas -

- Ayam Berusia 3 Minggu ( 400 gram ) -

Wednesday, July 28, 2010

PROSES ERAMAN TELUR SEMULAJADI

Salam sejahtera.....
Kali nie, kami ingin berkongsi sedikit maklumat berkenaan proses eraman telur
Eraman telur pada masa dahulu 100% bergantung kepada ibu ayam
Ayam kebiasaannya akan bertelur selama 21 hari
Kemudian akan mengeramkan telur juga selama 21 hari
Selepas itu, anak ayam akan bersama ibunya selama lebih kurang 3 bulan
Proses pantang bagi ibu ayam adalah selama 4 1/2 bulan...
Faktor ini banyak menyebabkan pengeluaran ayam kampung asli terbatas...
- Kaedah Tradisonal Eraman telur ayam -
- Aksi Sebahagian ayam ternak di AFB -
- Anak Ayam yang telah dihasilkan di AFB -
Pada zaman sekarang, banyak mesin inkubutor telah dihasilkan
Ianya bagi menggantikan kitaran semulajadi eraman kepada lebih singkat
Sekaligus dapat menghasilkan kuantiti ayam yang banyak dlm masa yang singkat
Telur ayam dimasukkan ke dalam inkubutor...
Suhunya dikawal sehinggalah 21 hari
Tahap keberkesanannya masih lagi banyak bergantung kepada faktor tertentu
Misalnya.... Kebersihan telur, kualiti telur, kebersihan mesin, tahap penjagaan suhu
serta banyak lagi faktor memainkan peranan....
Sebahagian gambar di tempat penternakan En. Zul ( Kuantan )....
- Penggunaan Mesin Inkubutor -
- Mesin Automatik Menempatkan 600 Biji Telur -
Walaubagaimanapun, pihak kami melahirkan rasa bangga kepada golongan penternak
Kerana telah banyak berubah serta banyak memaparkan idea2 tersendiri
Serta paling penting, dikongsikan kepada semua pihak tanpa mengambil sebarang faedah
Inilah yang diharapkan oleh pihak kami warga penternak...
Semoga usaha kita semua dalam bidang ini terus maju dan suksess
Salam dari kami Di Ayam-Farm-Best ( AFB )

- Peace No War -