Friday, October 8, 2010

REBAN TAMBAHAN SIAP SEPENUHNYA...

Salam sejahtera....

Alhamdulillah.......
reban tambahan yang telah dirancang akhirnya siap sepenuhnya hasil usaha dan kerjasama adik ipar ku.... sama jer umur.. hak3
Reban tambahan ini dibuat agar dapat pihak kami menjalankan penternakan secara ternak lepas disekitar kawasan seluas kira2 setengah ekar ( di pagar dgn menggunakan chain-link...
Konsep ini dipraktikkan bagi mendapatkan hasil ternakan ayam secara organik
Di mana ayam tidak sepenuhnya bergantung kepada sumber makanan dedak semata2..
Sebaliknya mendapat sumber makanan secara semulajadi di persekitaran luar reban...
Kaedah ini juga secara tidak langsung dapat memberikan penjimatan kepada penternak kerana tahap penggunaan dedak akan berkurangan secara tidak langsung....
Namun begitu, konsep ini memerlukan kawasan penternakan yang agak luas...
Dimana kebanyakannya menjadi masalah utama kepada penternak....
Apapun, setiap perkara jika dirancang dengan teliti
Walaupun secara berdikit2, pasti akan membuahkan hasil yang berkualiti dan bermutu..
Kami di Ayam FarmBest amat mengalu2kan pandangan & pendapat dari semua pihak utk menambahbaik sistem ternakan kami dari masa ke semasa...
Sekian dari kami di Ayam FarmBest ( AFB )

- Tempat lepak khas disediakan -

No comments:

Post a Comment