Thursday, October 28, 2010

AYAM KAMPUNG ORGANIK ( BATCH NO. 03 )

Salam sejahtera.......

23.10.2010 ( Sabtu )...
Sekali lagi kami telah menambah bekalan ayam kampung organik di reban kami...
1000 ekor ayam telah dimasukkan menjelang jam 6:00 pagi...

Sekali lagi kami mengucapkan rasa syukur kerana dapat menambah bekalan sepertimana perancangan awal pihak kami....
Kali ini, ayam yang dihantar mencecah berat purata 95 g / ekor....

Pemantauan berat berkala setiap minggu serta rekod pemakanan amat penting bagi menyemak tahap pemakanan ayam serta pertambahan berat purata setiap minggu...
Ini penting utk memastikan samada terdapat masalah baka ayam yang tidak berkualiti ataupun sumber makanan tidak berkhasiat sekiranya purata berat tidak mencecah 150 - 200 gram seminggu selepas ayam berumur 2 minggu....

Purata pemakanan ayam bagi 1000 ekor dlm tempoh 2 minggu pertama adalah 8 guni starter ( 50 kg )....
untuk tempoh serta jumlah makanan tersebut, purata berat ayam yang mesti direkodkan adalah sekitar 200 - 300 gram.....
Jika tidak, kemungkinan besar baka ayam, sumber makanan serta persekitaran reban menjadi faktor penyumbang kepada tahap pembesaran ayam....
Kajian serta pemantauan berkala harus dijalankan utk mengesan punca sebenar pertambahan berat tidak mencapai berat yang diperlukan....
Kami di D' Village Agro Farm amat menitikberatkan pemantauan berkala ini...
Harapan kami, segala ilmu dapat dikongsi bersama serta diberikan pandangan dari semua sahabat di luar sana...

Sekian dari kami rakan ternak D' Village Agro Farm...




- Ayam berumur sekitar 7 hari -

No comments:

Post a Comment