Wednesday, May 18, 2011

GENERASI MESIN ( INKUBUTOR )

SALAM SEJAHTERA...........

Alhamdulillah, itu yang boleh kami katakan kepada semua..
Sejak kami menggunakan alternatif penetasan menggunakan mesin 2 bulan yang lalu
Kini, hasilnya sudah boleh kami katakan pada tahap memberangsangkan...

Setakat ini, pengeluaran telur masih lagi di tahap sederhana
Sekitar 30 biji seminggu dapat dimsukkan ke dalam inkubutor..
Tapi tahap penetasan telah mencapai lebih 50 % pada 4 peringkat penetasan setakat ini

Kebiasaan penetasan berlaku pada hari ke 20 & 21
Apa yang dapat kami perhatikan, banyak telur terpaksa dibantu utk anak melihat dunia baru....
Mungkin tahap kualiti telur kurang baik menyebabkan anak kurang berupaya utk menebuk kulit telur dengan sendiri..
Apapun, pihak kami masih belajar & melihat perkembangan yang lain..

Penjagaan anak yang telah menetas amat penting seusia mereka melihat dunia baru
Anak dibiarkan berada 2 - 3 hari di dlm inkubutor
Kemudian dipindahkan ke reban didik yang tertutup
Ini bagi memastikan haba yang efisyen diperolehi oleh mereka
Kami hanya menggunakan kaedah tradisional & mudah
iaitu pemasangan lampu dan sekeliling ditutup dengan guni pada waktu malam..

Alhamdulillah, setakat ini tahap kematian anak yang menetas dapat di atasi
Setakat ini sudah hampir terdapat 35 ekor generasi baru ayam kampung asli kami telah dihasilkan menggunakan bantuan mesin inkubutor ini...

Mudah - mudahan yang terbaik utk kami dan juga semua..
Salam dari kami rakan ternak D' Village Agro Farm..





No comments:

Post a Comment