Friday, May 20, 2011

JUALAN AYAM KACUKAN ORGANIK KEMBALI

SALAM SEJAHTERA.....

Sudah agak lama pihak kami tidak bercerita berkenaan ayam kacukan organik..
Bukan maksud sudah cuci tangan dlm ternakan tersebut...
Cuma kehabisan stok pada hujung tahun 2010 menyebabkan pihak kami kekurangan bekalan kepada pihak pemborong dan pembekal...

Tapi, bermula awal bulan mac 2011, bekalan anak ayam telah kembali pulih seperti sediakala..
Cuma pihak kami telah membuat sedikit perubahan berkenaan bilangan stok ayam yang ada di reban kami pada satu2 masa..
Banyak faktor memainkan peranan dlm mendapatkan berat ayam yang baik dlm tempoh masa 3 bulan proses pembesaran ayam tersebut..
Keluasan reban untuk keselesaan ayam menjadi faktor utama pihak kami terpaksa merangka strategi bilangan stok di reban kami...

Setelah hampir 3 bulan usia ayam tersebut...........
Pihak kami kini telah membuka jualan ayam kacukan di reban kami...
Alhamdulillah.. sudah ada pemborong dan juga pembeli di sekitar kawasan kami telah menunjukkan minat mendapatkan bekalan secara berkala di reban kami...

Pihak kami memohon berbanyak maaf jika terdapat pihak luar yg cuba mendapatkan bekalan dari pihak kami tetapi pihak kami tidak dapat memenuhi permintaan akibat stok ayam yang terhad di reban kami..

Pihak kami telah merangka strategi pemasaran secara berperingkat...
Di mana kami memberi tumpuan kepada penjualan ayam sekitar 300 ke 500 ekor sebulan di sekitar kawasan kami...

Jika ada pihak luar yang ingin mendapatkan bekalan secara berlebihan serta berkala dari pihak kami...
Pihak kami memohon agar dapat dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak kami utk pihak kami merangka strategi penambahan stok dari semasa ke semasa...
InsyaAllah.....
Dengan sokongan & kerjasama dari semua pihak,
Pihak kami akan terus berusaha melakukan yang terbaik untuk semua...
Semoga yang terbaik kepada semua dan juga pihak kami....

Salam dari kami rakan ternak D' Village Agro Farm..








No comments:

Post a Comment